top of page

Apabila Malaysia telah mencapai kemerdekaan, keinginan kolektif untuk mempunyai suatu 'identiti nasional sepunya' atau seuah bangsa tetap diteruskan. Idea dan wacana mengenai identiti nasional sepunya ini adalah sebuah pernyataan mengenai bangsa idaman atau bangsa Malaysia yang mereka inginkan. Antara konsep "Bangsa Idaman" utana pasca Merdeka 1957 ialah memperkenalkan konsep 'Malaysian Malaysia' anjuran kelompok strategik daripada Singapura (awal 1960 an) dan daripada Malaysia (akhir 1990 an). 

Beliau memperkenalkan gagasan 1Malaysia sebagai "Bangsa Idaman". Manakala di Borneo pula konsep Sabah for Sabahan dan di Sarawak menggunakan konsep Sarawak for Sarawakian

Beliau mencetuskan idea untuk menjayakan konsep "Bangsa idaman" iaitu Bangsa Malaysia dan Wawasan 2020. Selain itu, beliau juga akan mengekalkan konsep Malay-led plural society. Menurut beliau lagi, dalam aspek hubungan kemasyarakatan di dalam konteks Malaysia Baharu ini, penekanan banyak diberikan kepada hubungan antara kaum atau 'inter-ethnic" tetapi meminggirkan peri penting hubungan dalam kaum atau "intra-ethnic".

Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini adalah sesuatu yang diraikan. Namun kita sering melihat perbezaan-perbezaan ini dalam perspektif yang negatif, bukannya positif. Perbezaan seolah olah menjadi sesuatu yang perlu dilawan, bukannya disyukuri.

Join our mailing list

Thanks for submitting!

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

Peradaban itu penting dalam kehidupan

bottom of page